BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

19 Lelaki Termasuk Warga China Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan Dalam Talian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

19 Lelaki Termasuk Warga China Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan Dalam Talian​

0b53cd48c644017ce6bb6f290e4b1fac5e3a3ea6acddf


Polis menahan 19 lelaki dengan 18 daripadanya warga China kerana disyaki terlibat sindiket penipuan dalam talian di Kuala Pilah, akhir bulan lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pada 12.45 tengah hari 29 Jun, pihaknya memberkas seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga China selepas menahan kereta dinaiki mereka di Jalan Sungai Dua, Kuala Pilah.

“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek yang bekerja di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah itu, polis merampas dua telefon bimbit dan satu alat kawalan jauh daripada mereka.

“Siasatan lanjut terhadap kedua-duanya, polis menyerbu sebuah premis di Kuala Pilah, kira-kira 2 petang hari sama dan menahan 17 lagi lelaki warga China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam pemeriksaan di premis dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan dan kegiatan jenayah itu, polis merampas komputer riba, mesin pencetak, telefon bimbit, buku serta satu set kertas skrip dipercayai digunakan bagi kegiatan penipuan pinjaman tidak wujud.

Alzafny berkata sindiket terbabit menyasarkan mangsa dalam kalangan warga China manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register