BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

18 Warga China Disyaki Terlibat Penipuan Dalam Talian Dicekup

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

18 Warga China Disyaki Terlibat Penipuan Dalam Talian Dicekup​

116ea6423cb2e52796b9d3679b8f9fd76a5864b9cc7b8

55f2957f5a8614ba3ba7969675eba67c6a5864d6e1aa6

Kredit: IPK Perak

Polis menahan 18 lelaki warga China disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan dalam talian menerusi dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata serbuan pertama di sebuah apartmen di Laluan Ipoh Permai 3, Apartment Ipoh Hill Permai membawa kepada penahanan 10 suspek.

“Serbuan kedua di sebuah rumah di Laluan Tasek Timur 5, Taman Tasek Indra pula menahan lapan lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan sama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai peralatan elektronik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan peralatan lain dianggarkan bernilai RM78,000 yang digunakan ketika mengendalikan aktiviti penipuan.

Mohd Alwi berkata kes disiasat di bawah 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 
Back
Top
Log in Register