combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia Perak
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 warganegara China, sekali gus berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas memeriksa dua premis di sekitar bandar raya ini, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Perak Datuk James Lee berkata dalam operasi khas itu turut dirampas wang tunai berjumlah RM10,500, 40 unit telefon bimbit, 15 unit komputer riba, dua unit kamera digital serta sebuah iPad.
“Hasil serbuan pihak JIM telah menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga China di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
James berkata semua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.
17 Warga China Disyaki Terlibat Aktiviti Judi Dalam Talian Dicekup
James Lee, JIM, China, Perak, judi, tahan