BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 warga China akan didakwa selepas disyaki terlibat dalam konspirasi palsukan wang kertas SG

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

2 warga China akan didakwa selepas disyaki terlibat dalam konspirasi palsukan wang kertas SG​

screenshot_2026-08-26_094638.jpg

Wang kertas S$100 palsu yang dirampas polis. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

SINGAPURA: Dua warga China akan didakwa di mahkamah pada Rabu (26 Ogos) kerana disyaki terlibat dalam konspirasi memalsukan wang kertas Singapura.

Suspek-suspek itu merupakan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun.

IKLAN

Menurut polis, pihaknya menerima aduan sekitar pukul 3.50 pagi pada Isnin bahawa seorang lelaki cuba untuk menukar sekeping wang kertas S$100 palsu di Kasino Marina Bay Sands.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut menyerahkan wang tunai berjumlah S$150,000 kepada seorang juruwang kasino dan meminta agar wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun kasinonya.

Ketika mengira wang tunai tersebut, juruwang berkenaan mendapati salah satu wang kertas S$100 Siri Potret tersebut mempunyai perkataan 'copy' yang dicetak padanya, lalu melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Para pegawai daripada Divisyen Polis Central dan Jabatan Ehwal Komersial (CAD) kemudian menggiring lelaki tersebut ke bilik hotelnya di mana suspek wanita dilihat keluar dari bilik tersebut sambil membawa sebuah mesin pencetak, menurut polis.

Sebanyak 121 keping wang kertas S$100 palsu ditemui pada wanita berkenaan.

IKLAN

Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk memalsukan wang, termasuk dakwat dalam botol, kertas dan alat pemotong kertas.

Kedua-duanya akan didakwa atas kesalahan terlibat dalam konspirasi memalsukan wang kertas Singapura.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda.

 
Back
Top
Log in Register