BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azalina Sokong Cadangan Hukuman Scammer Lebih Berat, Bank Juga Perlu Bertanggungjawab

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

Azalina Sokong Cadangan Hukuman Scammer Lebih Berat, Bank Juga Perlu Bertanggungjawab​

3e3c4b1aac11f9cd04efa0d7516e618a6a9faac722de8

81b485c2ea29e8d151b32d39a64a2c426a9faab3437aa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bergambar ketika hadir pada Konvensyen Pendanaan Politik 2026 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyokong cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya hukuman lebih berat termasuk sebatan dikenakan terhadap penjenayah penipuan dalam talian.

Beliau bagaimanapun berkata usaha membendung kegiatan penipuan dalam talian tidak harus hanya tertumpu kepada peningkatan hukuman, sebaliknya institusi kewangan terlibat juga perlu memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab.

“Saya ada melihat cadangan PDRM untuk mengenakan hukuman sebat dan saya boleh setuju lebih daripada sebatan untuk jenayah penipuan.

“Saya sudah sebut banyak kali dalam Parlimen dan luar Parlimen bahawa antara strategi (membendung jenayah itu) ialah bank yang menerima duit scam ini juga mesti ada tanggungjawab,” katanya.

Azalina berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendanaan Politik 2026 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.

Beliau berkata adalah tidak wajar untuk institusi perbankan meletakkan sepenuhnya risiko kehilangan wang akibat penipuan kepada pelanggan dengan alasan akaun itu digunakan oleh pihak lain.

“Perkara ini tidak boleh hanya kerana ada individu guna akaun bank mangsa, pihak bank berkata ia atas risiko sendiri. Simpan duit di bawah bantal kalau macam itu.

“Bank Negara Malaysia sudah buat pelbagai pesanan khidmat masyarakat, PDRM pun sudah banyak kali maklumkan tetapi nampak rakyat masih lagi tertipu dan terikat (dengan penipuan dalam talian),” katanya.

Azalina berkata kerajaan juga perlu mengkaji jika hukuman yang lebih berat benar-benar mampu mengurangkan kes penipuan atau mekanisme yang meletakkan tanggungjawab bersama kepada institusi perbankan boleh menjadi langkah lebih berkesan bagi membendung jenayah itu.

 
kerajaan juga perlu bertanggung jawab,bnyak sangat portal kerajaan yang scammer bolek akses dengan mudah data perbibadi orang awam..contoh macm aplikasi budi,orang lain pun boleh cek yang lesen memandu kau tu hidup atau tida..
 
Back
Top
Log in Register