combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
43 Sambungan Paip Air Haram Dipotong Dalam Operasi Bersepadu JAS Di Sandakan
Kakitangan Jabatan Air Sabah (JAS) memeriksa paip air yang disambung secara haram ke kawasan rumah sewaktu Operasi Bersepadu JAS di kawasan setinggan Mangkalinau hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebanyak 43 sambungan paip air haram dikesan dan dipotong dalam satu operasi bersepadu dikendalikan Jabatan Air Sabah (JAS) di dua kawasan setinggan di Kampung Mangkalinau, Batu 3 di sini hari ini.
Pihak berkuasa air negeri itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan seorang lelaki tempatan turut ditahan bersama dua unit pam air dalam operasi berkenaan.
“Kesalahan ini adalah berdasarkan Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM100,000 dan penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.
“Operasi bermula dari 7 pagi hingga 3 petang ini dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah Electricity, termasuk Majlis Perbandaran Sandakan dengan kekuatan 89 anggota,” katanya.
Menurut kenyataan itu, operasi itu diadakan bagi membanteras sambungan paip air yang menyalahi undang-undang serta mengekang krisis kehilangan air tidak berhasil yang kritikal di Sandakan.
“Operasi ini memfokuskan kepada pengesanan, pemotongan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap manipulasi sistem bekalan air,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan JAS akan meneruskan operasi pemantauan di kawasan panas yang telah dikenal pasti bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada pengguna di Sandakan.
Sementara itu, kenyataan sama turut memaklumkan Sabah Electricity juga mengesan dan memotong 40 sambungan wayar elektrik haram dengan anggaran berat 82 kilogram.
“MPS pula mengeluarkan tiga kompaun kesalahan dan 11 pek rokok dirampas,” katanya.
Loading…
www.bernama.com