BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

75 Saman, 31 Motosikal Disita Dalam Dalam Operasi Lumba Haram Di Linkedua

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

75 Saman, 31 Motosikal Disita Dalam Dalam Operasi Lumba Haram Di Linkedua​

5ba9290223da732be32acec559789a0a6a8aa7263e1f3


Sebanyak 75 saman dikeluarkan dan 31 motosikal disita dalam operasi di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) awal pagi tadi, selepas kawasan berkenaan dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan kumpulan motosikal melakukan aksi berbahaya dan mengganggu ketenteraman awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Saifullah Jaya @ Yahaya berkata operasi yang dijalankan dari 1 hingga 4 pagi itu, melibatkan pemeriksaan terhadap 50 penunggang dan pembonceng, terdiri daripada 48 lelaki dan dua wanita berusia antara 15 hingga 28 tahun, selain 42 motosikal.

Beliau berkata 75 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Antara kesalahan dikesan ialah tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran fancy dan tidak mengikut peraturan, pengubahsuaian struktur kenderaan termasuk ekzos, selain tiada lesen memandu serta perlindungan insurans.

“Sebanyak 31 motosikal turut disita dan polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi mencegah kegiatan lumba haram, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman sekumpulan penunggang motosikal dipercayai bertindak menutup laluan di lebuh raya berkenaan, bagi memberi laluan kepada aksi lumba haram.

Video yang tular sejak semalam itu dipercayai dirakam di sekitar KM33 susur keluar Tol Senai Utara hingga KM31 berhampiran Johor Premium Outlets (JPO).

Bagaimanapun polis memaklumkan masih menjalankan siasatan, bagi mengenal pasti penunggang motosikal yang terlibat serta individu lain yang berada di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register