BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Motosikal Disita, 65 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Khas JPJ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8a8bb2f7537973f53b5dbb8b24edc36768482274e2d9b

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam ketika sidang media selepas meninjau Ops Khas Hari Raya Aidiladha di Stesen Penguatkuasa Gombak hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 65 saman dan menyita empat motosikal dalam operasi khas bagi membanteras motosikal ubah suai ekstrem di sekitar pusat bandar pada malam hujung minggu lepas.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata saman berkenaan dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya melibatkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh, tiada brek belakang dan nombor pendaftaran palsu.

“JPJ turut menyita empat motosikal kerana melakukan kesalahan, antaranya gagal memenuhi spesifikasi keselamatan, lesen kenderaan tamat tempoh sejak 2011, tidak mempunyai brek belakang dan mempunyai 11 saman tertunggak.

“Sebanyak lapan anggota JPJ Kuala Lumpur dan 12 anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Polis Kontinjen Kuala Lumpur terlibat dalam operasi yang bermula pada 2 pagi Sabtu sehingga 5 pagi semalam (Ahad),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamidi berkata tindakan penguatkuasaan terhadap motosikal ubah suai dan berisiko tinggi akan dipertingkatkan lagi pada tahun depan, khususnya di kawasan sekitar pusat bandar dengan tumpuan pada waktu-waktu panas ketika aktiviti kumpulan berisiko tinggi sering berlaku.

“JPJ Kuala Lumpur juga menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran  undang-undang melalui saluran rasmi bagi membantu pihak JPJ melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register