BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Terengganu Keluar 2,351 Saman Dalam Op Khas Motosikal Sepanjang Januari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7722b6d06c34444a47c2531d261b6ce0697caa05425a1

8f832d4ca5979c61bce44a2be475e01c697caa16a7e10

458f4fe74afcb6bfbace8f1e5caab268697caa2561da0

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan saman kepada penunggang motorsikal semasa sekatan jalan raya menerusi Ops Khas Motosikal di Pantai Seberang Takir hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 2,351 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Motosikal yang dijalankan di seluruh Terengganu dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Mohd Zamri Samion berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 7,438 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan kenderaan persendirian lain.

Beliau berkata JPJ turut mengeluarkan 101 notis larangan penggunaan kenderaan, notis arah periksa kenderaan (117 keping), notis panggilan temu siasat (312 keping) dan notis sita (73 keping) dalam tempoh sama.

"Sebanyak 1,063 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh penunggang motosikal adalah tidak memakai topi keledar.

"Kesalahan lain adalah mengubah suai kenderaan, tidak mempamerkan nombor pendaftaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan teknikal," katanya dalam Ops Motosikal Khas di Pantai Seberang Takir di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata JPJ Terengganu akan memperhebat Operasi Khas Motosikal tahun ini terutama di beberapa lokasi panas iaitu Bandar Baru Kuala Nerus, Jalan Mengabang Telipot, Jalan Padang Nenas, Jalan Durian Burung-Manir, Jalan Wakaf Beruas-Bukit Payong, Jalan Chendering, Kampung Teluk Ketapang, Kampung Losong dan Jalan Taman Tamadun Islam.

Beliau berkata langkah itu susulan terdapat peningkatan kesalahan melibatkan motosikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Pada tahun lepas sebanyak 25,358 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal berbanding 23,457 saman pada 2024.

"Untuk Ops Khas Motosikal (Mat Rempit) pula, sebanyak 2,409 notis dikeluarkan manakala 268 motosikal disita dalam tempoh sama," katanya.

 
Back
Top
Log in Register