BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Keluar 16 Saman, Sita Tujuh Motosikal Dalam Ops Samseng Jalanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Polis Keluar 16 Saman, Sita Tujuh Motosikal Dalam Ops Samseng Jalanan​

7c37f42f38f09cbc4b5f3c682df2ff416a5ca04f77a3d

--kredit FB Polis Klang Selatan

Polis mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas selain menyita tujuh motosikal dalam Ops Khas Samseng Jalanan di sekitar Persiaran Raja Muda Musa (Lebuh Turi), di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata operasi yang bermula dari 12.01 tengah malam hingga 5 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor.

Beliau berkata operasi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membanteras kegiatan samseng jalanan, mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas serta meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.

“Hasil daripada pemeriksaan terhadap 13 individu dan 13 motosikal, polis telah mengeluarkan sebanyak 16 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas selain turut menyita tujuh motosikal untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lim berkata satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap seorang penunggang kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau berkata sebanyak 12 individu menjalani saringan air kencing oleh AADK dan kesemua mereka didapati negatif dadah.

Polis Diraja Malaysia, katanya, akan terus memperhebat operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan samseng jalanan serta memastikan jalan raya di daerah Klang Selatan kekal selamat, aman dan teratur.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan budaya pemanduan berhemah demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

 
Back
Top
Log in Register