BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Samseng Jalanan: Polis Sita 117 Motosikal, Tahan Empat Penunggang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
995df7cc6d822e54f6d059f9022f9e8d69da6075c980f

Foto: IPD Kuala Kangsar

Polis menyita 117 motosikal di lampu isyarat Simpang Lawin, Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Kuala Kangsar, menerusi Operasi Samseng Jalanan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata operasi itu dijalankan bermula 10 malam dengan kerjasama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Hasil risikan dan operasi, polis menahan empat penunggang motosikal untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selain itu, sebanyak 117 motosikal disita di bawah Seksyen 64 akta sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 252 saman telah dikeluarkan polis manakala 119 notis saman oleh JPJ terhadap kesemua penunggang dan pemandu motosikal serta kereta atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan pengubahsuaian motosikal.

Beliau berkata sebanyak 12 penunggang motosikal telah menjalani ujian air kencing dengan dua daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kedua-duanya, katanya kini disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

 
Back
Top
Log in Register