BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops Samseng Jalanan, 157 Penunggang Motosikal Ditahan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80
5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5


Polis menahan 157 penunggang motosikal selepas didapati terlibat dalam aksi berbahaya menerusi Ops Samseng Jalanan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata operasi selama dua jam bermula pada 6 petang itu dilakukan di Jalan Batu 49 hingga lampu isyarat Alur Tempoyak dan Jalan Lapangan Terbang Sura Hujung.

Beliau berkata tindakan tersebut diambil selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat dan risikan yang dilakukan terhadap kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

"Sebanyak 36 pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun serta dibantu anggota daripada pelbagai jabatan lain terlibat dalam operasi tersebut.

"Kesemua motosikal yang ditahan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui operasi sama sebanyak 259 saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang berusia 15 hingga 30 tahun atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Antara saman yang dikeluarkan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai struktur kenderaan dan ekzos bising. Motosikal yang ditahan atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan akan disita hingga mereka melengkapkan semula komponen yang diubah suai itu," katanya.

 
Back
Top
Log in Register