BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh, Warga Asing Ditahan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh, Warga Asing Ditahan​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan pemandu kereta warga asing disyaki merempuh sebuah motosikal semasa berhenti semasa lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, Selangor sehingga menyebabkan penunggangnya maut, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata suspek berusia 28 tahun ditahan di lokasi kejadian selepas polis menerima laporan kemalangan itu pada 8.23 malam.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu suspek melanggar bahagian belakang motosikal  mangsa yang sedang berhenti di simpang empat kerana lampu isyarat merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata mangsa berusia 29 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam untuk bedah siasat.

Beliau berkata warga asing itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ujian saringan awal alkohol serta dadah didapati negatif.

Beliau berkata suspek kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae menerusi talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh 03-61561222 bagi membantu siasatan.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register