BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kenderaan - Polis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,810
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,810
Reaction score
98
Points
80

Dua Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kenderaan - Polis​

e632587413a1e033e08413319be0ee816a25345f5dd76

ACP Aidi Sham Mohamed

Dua penunggang basikal warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata kemalangan berlaku pada 10.15 malam, melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal tersebut.

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala," katanya.

Beliau berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya  di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 
Ramai geng cycling area putrajaya ni
Hati hatilah
 
Back
Top
Log in Register