BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Penunggang Motosikal Maut Bertembung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dua Penunggang Motosikal Maut Bertembung​

8414d1cde4d6e0b4cbd876b665381f246a6425cb87c2c


Dua remaja termasuk seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggang mereka dipercayai bertembung dalam kemalangan di Jalan Felda Cherul menghala ke Bukit Sagu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata dalam kejadian pada 6.45 petang itu, Muhammad Shafiq Hakimi Mohd Nazri dan Muhammad Hafiey Rifqey Mohd Mahazan kedua-duanya berusia 16 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Beliau berkata Muhammad Shafiq Hakimi merupakan pelajar Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Cherul yang mengalami masalah pembelajaran, manakala Muhammad Hafiey Rifqey ialah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherul di sini.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di satu laluan lurus ketika Muhammad Shafiq Hakimi dalam perjalanan dari Felda Cherul menghala ke Bukit Sagu manakala motosikal ditunggang Muhammad Hafiey Rifqey datang dari arah bertentangan.

"Setibanya di lokasi, motosikal ditunggang Muhammad Hafiey Rifqey dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua motosikal bertembung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berkata akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa tercampak beberapa meter di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register