BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Beranak Maut Motosikal Bertembung Kereta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Batu 23, Jalan Labuk, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya berusia 28 tahun di Hospital Duchess of Kent di sini.

Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dan pemandu kereta turut cedera serta dirawat di hospital sama.

"Motosikal itu dinaiki tiga sekeluarga dari arah bandar Sandakan ke Beluran manakala kereta dari arah Bukit Garam menuju pusat bandar.

“Berdasarkan siasatan, motosikal itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register