BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Maut, Empat Cedera Bot Bertembung Di Mersing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,758
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,758
Reaction score
289
Points
146

Dua Maut, Empat Cedera Bot Bertembung Di Mersing​

94c948d4c0e65fad3826ad0776373e5d6a959e11aad61

b077fc5b69b88c15ea9724e6b3b08c706a959e3305b27

2d5c4eccdbfc8f3073c8e61fd7f0c81e6a959e541a516

kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor

Dua maut manakala empat lagi cedera dalam insiden dua bot bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.04 malam.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender dan Fire Response Vehicle dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di sini dikejarkan ke Jeti Mersing.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi, didapati benar berlaku pelanggaran antara dua bot. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

JBPM turut memaklumkan bahawa empat lagi mangsa yang mengalami kecederaan sedang mendapatkan rawatan, dan operasi masih diteruskan.

Sementara itu  Ketua Polis Daerah Mersing Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata kes masih dalam siasatan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

 
Back
Top
Log in Register