combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dua Kertas Siasatan Dibuka Berhubung Insiden Bot Bertembung Di Mersing
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad (kiri) bercakap kepada pemberita selepas meninjau keadaan salah sebuah bot yang bertembung berhampiran Kuala Sungai Mersing malam Isnin, di Kampung Pengkalan Batu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, dua bot penumpang bertembung, mengakibatkan dua individu maut manakala tujuh lagi cedera.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung insiden pertembungan dua bot penumpang yang mengorbankan dua nyawa di Kuala Sungai Mersing malam tadi.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A dan Seksyen 280 Kanun Keseksaan, selain klasifikasi laporan mati mengejut (SDR).
"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita akan melengkapkan siasatan seberapa cepat yang boleh," katanya kepada pemberita di Kampung Pengkalan Batu, di sini hari ini.
Beliau turut mengesyorkan Jabatan Laut Mersing menjalankan siasatan di bawah Seksyen 299 dan Seksyen 300 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan agar tampil membantu siasatan.
Beliau berkata bot pertama, iaitu “Sea Queen” yang membawa enam individu berusia lingkungan 13 hingga 38 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Besar ke Jeti Mersing.
Dua mangsa yang maut di lokasi kejadian merupakan pengendali bot lelaki berusia 38 tahun dan seorang pelancong lelaki berusia 32 tahun.
Sementara itu, sebuah lagi bot “Rawa Birds” dinaiki oleh tiga lelaki terdiri daripada pengendali, pembantu, dan seorang penumpang berusia lingkungan 28 hingga 35 tahun, sedang dalam perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Rawa.
Ab Rahaman berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 8.15 malam di kawasan Kuala Sungai Mersing, anggaran jarak 800 meter dari Jeti Sungai Mersing.