BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

63 Kertas Siasatan Aktiviti Pencerobohan, Lombong Haram Dibuka Di Kelantan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

63 Kertas Siasatan Aktiviti Pencerobohan, Lombong Haram Dibuka Di Kelantan​

9e7b9db8d99468f3c54edc0eb68f4b6e69e8d4f65dfca

Kredit: FB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Sebanyak 63 kertas siasatan dibuka berhubung aktiviti pencerobohan dan perlombongan haram di Kelantan, bagi tempoh 2025 hingga Jun lepas.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata jumlah itu hasil 77 operasi penguatkuasaan di kawasan panas membabitkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

“Kerajaan negeri melalui agensi penguatkuasaan telah memperketat tindakan di lapangan bagi mengekang aktiviti berkenaan.

“Susulan operasi tersebut, 63 kertas siasatan dibuka dan diserahkan kepada Unit Pendakwaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Shaari Mat Hussain (PAS-Paloh) mengenai usaha kerajaan negeri menangani pencerobohan dan perlombongan haram pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata pihak berkuasa turut menyita 65 jentera jengkaut yang dianggarkan bernilai RM15.8 juta, bagi melumpuhkan keupayaan logistik kegiatan berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mengenai kemungkinan wujudnya orang tengah, dalang, penganjur, pemberi perlindungan atau pihak yang mendapat manfaat daripada kegiatan itu, beliau berkata siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti pihak terbabit.

“Selepas kita kenal pasti kegiatan itu haram, kita akan buat laporan polis dan buka kertas siasatan. Kita tahu tanah itu milik siapa, jadi siasatan akan dibuat dan sekiranya mendapat maklumat, kita akan ambil tindakan.

“Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan pihak berkuasa serta PTG untuk meneliti semula aspek hukuman, khususnya terhadap kesalahan berulang supaya tindakan lebih tegas dapat diambil,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register