BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Maut Kereta Dan Lori Bertembung Di Telupid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Empat Maut Kereta Dan Lori Bertembung Di Telupid​

2177dc3a9b65de1325527e2fc3529ad66aa0fb892169e

Kredit: Bomba Sabah

Empat individu maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kampung Gambaron di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan dari arah bertentangan itu pada 7.28 pagi.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran digerakkan ke lokasi sejauh 93 kilometer namun berdepan cabaran kerana tiada liputan telefon dan Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di kawasan itu.

“Empat mangsa dalam kereta itu berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata PGO JBPM Sabah dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan identiti kesemua mangsa maut termasuk jantina belum dikenal pasti dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

PGO JBPM Sabah memberitahu pemandu lori terlibat hanya cedera ringan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut.

Telupid terletak di pedalaman Sabah iaitu sejauh 232 kilometer dari Kota Kinabalu, dengan bandar terdekat ialah Sandakan sekitar 130 kilometer.

 
Back
Top
Log in Register