BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kereta api laju TGV bertembung lori, seorang maut

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
Kereta api laju TGV bertembung lori, seorang maut

Paris: Sebuah kereta api laju yang membawa ratusan penumpang tergelincir daripada landasan selepas bertembung dengan sebuah lori di utara Perancis, lapor media tempatan pada Selasa, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemandu kereta api TGV dilaporkan maut, manakala 27 penumpang cedera, berdasarkan maklumat awal polis yang dipetik stesen penyiar TF1.

Menteri Pengangkutan Perancis Philippe Tabarot memaklumkan beliau akan ke lokasi kejadian antara bandar Bethune dan Lens di Wilayah Pas-de-Calais bersama Ketua Perkhidmatan Kereta Api, Jean Castex.

Nahas berlaku di lintasan rata di Bandar Nœux-les-Mines, di luar rangkaian kereta api laju Perancis.

Ketika kejadian, TGV itu bergerak pada kelajuan seperti kereta api biasa.


Gambar dikongsi seorang pegawai kesatuan kereta api menunjukkan gerabak generator kereta api itu mengalami kerosakan teruk dan terkeluar daripada landasan.

Pegawai itu turut memaklumkan yang seminggu sebelum kejadian, sebuah jentera berat tentera tersangkut di sebuah lintasan rata itu.

Artikel➡️ Bernama-Dpa
 
Back
Top
Log in Register