BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori Satu Tan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Enam Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori Satu Tan​

a436c6b0f343e0c4cf2a90d3f7c4d9016a641da4ecec8

Kredit JBPM

Enam lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala ke Temerloh, dekat Klinik Desa Jambu Rias, Bentong pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.24 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Karak digerakkan ke lokasi.

“Semua mangsa didapati tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori juga mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata mayat semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register