BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Lori Di Teluk Intan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146

Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Lori Di Teluk Intan​

32d6c5893a137918529ff110af74e25d6a07f3922f69c

Kredit: JBPM Perak

Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori satu tan membawa muatan ayam beku di Parit Sembilan, Labu Kubong, di Teluk Intan awal pagi tadi.

Dalam kejadian di simpang tiga menghala ke Kampung Gajah itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun dan isterinya berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kenderaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.55 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan tiba di lokasi pada 6.11 pagi.

“Dua mangsa yang menaiki kereta, iaitu pasangan suami isteri warga tempatan didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua lelaki yang menaiki lori berkenaan, termasuk pemandu dan kelindan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi tamat sepenuhnya pada 8.18 pagi," katanya.

 
Back
Top
Log in Register