BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKU Lembam Antara Dua Mekanik Didakwa Kes Lumba Haram Di Lebuhraya Linkedua

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


keria yang lompat and kecek moleq, video clear, senang pihak berkuasa cekup semua tu

Tutup lebuh raya demi aksi lumba haram, samseng jalanan diburu polis

KULAI – Beberapa individu dipercayai bertindak menutup laluan di Lebuhraya Linkedua bagi memberi ruang kepada penunggang motosikal berlumba sesama sendiri dalam aksi samseng jalanan yang tular di media sosial, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, sebelum itu pihaknya mengesan video kejadian di laman Facebook pada petang Sabtu.

Menurutnya, video berkenaan memaparkan dua motosikal yang nombor pendaftaran dan jenisnya tidak dapat dikenal pasti, bersaing sesama sendiri dari Kilometer (KM) 33, susur Tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet (JPO).

“Susulan penyebaran video tersebut, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti penunggang motosikal yang terlibat.

“Individu lain yang dipercayai berada di lokasi kejadian dan menyaksikan perbuatan tersebut dari tepi lebuh raya juga sedang dikesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sebelum itu, tular video berdurasi 33 saat memaparkan tindakan sekumpulan individu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram dengan membuat sekatan terhadap pengguna lebuh raya lain dipercayai pada awal pagi.

Tindakan itu mengundang kecaman orang ramai dan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kumpulan terbabit yang didakwa menyusahkan pengguna jalan raya lain.
 
419686-419686.jpg


Lumba, tahan kereta di Lebuhraya Linkedua: 8 ditahan, direman esok


Kulai: Polis menahan lapan suspek dipercayai terbabit dalam video tular dua penunggang motosikal dipercayai bersaing sesama sendiri dan sekumpulan individu menahan pengguna lebuh raya bagi membolehkan perlumbaan dilakukan di Lebuhraya Linkedua di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Kamaluddin Othman, berkata kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kulai di sini esok bagi mendapatkan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA) untuk tindakan selanjutnya. Perkembangan kes akan dimaklumkan," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, video kejadian tular menerusi satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa sekumpulan individu menahan pengguna lebuh raya bagi membolehkan perlumbaan diadakan di situ.

Harian Metro melaporkan tular video menunjukkan perbuatan sekumpulan lelaki yang sengaja menahan kenderaan dan menghalang laluan semata-mata bagi memberi ruang kepada 'lumba haram'.

Menerusi video itu, dua motosikal didapati dipandu penunggang dengan melakukan aksi Superman berserta sorakan.

Sumber : Harian Metro
 
14300359652540413-419844.jpg

14300359652540413-419845.jpg

14300359652540413-419846.jpg

14300359652540413-419847.jpg


Pempengaruh permotoran antara 8 direman kes 'tutup' lebuh raya demi lumba haram

TAUFIK SALIMIN

KULAI - Seorang pempengaruh permotoran antara lapan samseng jalanan yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan menutup jalan untuk berlumba haram di Kilometer 33 hingga hingga Kilometer 31 Lebuhraya LinKedua, di sini pada Sabtu.

Perintah reman bermula Isnin hingga Khamis ini dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas permohonan dibuat polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Sebelum itu, mereka tiba di Mahkamah Majistret Kulai menaiki trak polis jam 8.30 pagi.


Semua suspek itu bagaimanapun negatif daripada dadah.

Video itu tular di media sosial pada petang Sabtu memaparkan dua motosikal yang nombor pendaftaran dan jenisnya tidak dapat dikenal pasti, bersaing sesama sendiri dari Kilometer (KM) 33, susur Tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet (JPO).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis juga sedang mengesan individu lain yang dipercayai berada di lokasi kejadian dan menyaksikan perbuatan tersebut dari tepi lebuh raya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Artikel Sinar Harian
 

Pempengaruh Permotoran Antara Lapan Direman Bantu Siasatan Kes Tutup Jalan Di Linkedua​

9564291c69085ac096ac0e539f86563f6a8bc30acd677


Seorang pempengaruh permotoran merupakan antara lapan lelaki tempatan yang direman selama empat hari, bagi membantu siasatan kes menutup jalan untuk berlumba di lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada Sabtu.

Perintah reman bermula hari ini hingga Khamis (27 Ogos) terhadap suspek berumur lingkungan 26 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Majistret R.Salini, selepas permohonan dibuat oleh pihak polis di Mahkamah Majistret Kulai, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, kesemua individu itu dibawa ke mahkamah berkenaan pada pukul 8.25 pagi, selepas ditahan semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata sekumpulan individu itu dipercayai menutup jalan dari kilometer 33 susur Tol Senai Utara hingga kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO) di Linkedua untuk berlumba.

Beliau berkata mereka ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, kerana dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kes berkenaan.

Kejadian itu turut tular di media sosial dengan rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu menahan pengguna jalan raya, supaya memberi laluan kepada mereka untuk berlumba.

 

Tiga Lagi Ditahan Bantu Siasatan Kes Tutup Jalan, Berlumba Di Linkedua​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan tiga lagi lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes menutup jalan untuk berlumba di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada 22 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata individu berusia 24 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seorang direman empat hari, manakala dua lagi direman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan lapan lelaki termasuk pempengaruh permotoran ditahan pada Ahad lepas dan direman empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata sekumpulan individu dipercayai menutup jalan dari kilometer 33 susur Tol Senai Utara hingga kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO) di Linkedua untuk berlumba dalam kejadian itu.

Kejadian itu tular di media sosial dengan rakaman video yang memaparkan sekumpulan individu menahan pengguna jalan raya, supaya memberi laluan kepada mereka untuk berlumba.

 

OKU Lembam Antara Dua Mekanik Didakwa Kes Lumba Haram Di Lebuhraya Linkedua​

20dc2d2fcdcc978f4fedca6876d7455c6a8fd0d753402

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam antara dua mekanik yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lepas.

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam antara dua mekanik yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lepas.

Muhamad Aiman Izuddin Sukri, 25, dan Mohamad Riduan Abd Ghani, 26, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Salini.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika menunggang motosikal jenis Yamaha di Lebuhraya Linkedua kira-kira 7 pagi pada 22 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Pesalah juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Wee Hong menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Abd Rahim Ali yang mewakili Muhamad Aiman memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya merupakan OKU lembam, bekerja sebagai mekanik di Sentul dan tinggal di bengkel.

Peguam R.S. Amarpreet Singh yang mewakili Mohamad Riduan pula memaklumkan anak guamnya berpendapatan RM1,500 sebulan, telah berkahwin manakala isterinya tidak bekerja di samping mempunyai bapa yang menghidap diabetes.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Okt depan untuk sebutan kes serta serahan dokumen.

 
Back
Top
Log in Register