BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Suspek Kes Bunuh OKU Direman Enam Hari

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
b6a78b3746f8f3bb23ef7fb75ced0eec6a0008596744a

Dua lelaki berusia 25 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, tiga minggu lepas.

Perintah reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Datuk Nik Azlan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dua lelaki berusia 25 tahun direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, tiga minggu lepas.

Perintah reman sehingga Jumaat depan dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua suspek itu tiba di mahkamah pada 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.

Pada 15 April, seorang lelaki OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

 
Back
Top
Log in Register