BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Reman Dua Lelaki Disyaki Bunuh OKU Disambung Enam Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Reman Dua Lelaki Disyaki Bunuh OKU Disambung Enam Hari​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Tempoh reman dua lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok, disambung enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas reman asal enam hari tamat hari ini.

“Siasatan terhadap dua suspek berusia 25 tahun itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya pada minggu depan untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 15 April, OKU pembelajaran Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, maut dipercayai akibat dipukul.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia pada 12.55 pagi ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

 
Back
Top
Log in Register