BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Bunuh Di Sg Bakap: Dua Lelaki Disambung Reman Enam Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
4010b07cf5ec37cd23045341cc729c29689c8989b5caa

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail

Reman dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam di sebuah restoran di Sungai Bakap pada 30 Dis, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata penyambungan reman dua lelaki berusia 23 dan 36 tahun itu, bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan jika masih terdapat suspek lain terlibat dalam kejadian serangan tersebut dan setakat ini, 14 suspek ditahan serta masih dalam tempoh reman,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini dilaporkan tiga mangsa yang merupakan peniaga diserang lebih 15 lelaki semasa sedang minum di sebuah restoran, menyebabkan seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang kritikal, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register