BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Reman Pemandu Disyaki Rempuh Suami Isteri Sehingga Maut Disambung Lima Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Reman Pemandu Disyaki Rempuh Suami Isteri Sehingga Maut Disambung Lima Hari​

f276c3f4c7cd1b409068fedfea0ad48c6828139db95dc

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa

Tempoh reman pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan pasangan suami isteri di Jalan Ampang berhampiran Menara Great Eastern, di sini pada 2 Mei disambung lima hari lagi bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Wan Munirah Wan Mustafa membenarkan perintah sambungan reman hingga 15 Mei selepas lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 11 pagi tadi untuk proses berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur petang ini untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini suspek dilaporkan direman selama tujuh hari bermula 5 Mei hingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian 5.34 pagi itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 61 dan 56 tahun maut di tempat kejadian selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta Toyota Vios dari belakang.

Polis turut menjalankan ujian toksikologi terhadap sampel darah dan air kencing suspek bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, namun masih menunggu keputusan makmal.

Kes yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 
Jgn kasi lepas. Check betul2 urine semua.
Pakcik tu pun check tgk lawan arus ke apa. Kalau bersalah, cas atas family dia.
 
Back
Top
Log in Register