BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemotong Kayu Disyaki Dera Anak Tiri Disambung Reman Hingga Khamis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pemotong Kayu Disyaki Dera Anak Tiri Disambung Reman Hingga Khamis​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Reman terhadap seorang pemotong kayu bagi membantu siasatan kes dera anak tiri lelakinya berusia lima tahun di Kampung Besol Baru, Bukit Besi di sini disambung lima hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun DSP Jumaidy Bah Chong Weh berkata perintah reman hingga Khamis ini dikeluarkan Mahkamah Majistret pagi tadi selepas tempoh reman asal pada Isnin lepas berakhir hari ini.

"Mahkamah membenarkan permohonan pihak polis untuk mendapatkan sambungan reman bermula hari ini hingga 21 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun pada 10 Mei lepas bagi membantu siasatan setelah terdapat kesan melecur pada jari manis sebelah kiri tangan anak tirinya dipercayai dibakar suspek menggunakan pemetik api pada April lepas.

Jumaidy berkata setakat ini polis telah memanggil empat individu termasuk seorang kanak-kanak untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 
Back
Top
Log in Register