BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Kolej Disyaki Terlibat Kes Bayi Maut Disambung Reman Hingga Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,697
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,697
Reaction score
97
Points
80

Pelajar Kolej Disyaki Terlibat Kes Bayi Maut Disambung Reman Hingga Esok​

39e5c629a88ba30bb8ec135710e403e864240904d29d2

Gambar hiasan.

Seorang pelajar lelaki sebuah kolej di sini, disambung reman selama satu hari hingga esok berhubung kes bayi perempuan maut yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, di sini pada 29 Julai lepas.

Perintah reman terhadap pelajar berumur 19 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A. Rahman di Mahkamah Majistret Kluang untuk pihak polis melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Sebelum itu, pelajar terbabit telah ditahan reman selama tujuh hari bermula dari 30 Julai hingga hari ini dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan 315 Kanun Keseksaan.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej, masing-masing berumur 19 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 1 tengah hari berhubung seorang pelajar dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) kerana melahirkan anak.

Ab Rahaman berkata berdasarkan siasatan, bayi itu dijumpai oleh tenaga pengajar kolej berkenaan, dan hasil pemeriksaan lanjut di HEBHK mendapati terdapat seorang lagi bayi (kembar) dalam kandungan pelajar perempuan berkenaan yang kemudiannya selamat dilahirkan.

 

Suspek Kes Bunuh Bayi Di Kluang Didakwa Esok​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang penuntut perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, esok atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor oleh Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Kertas siasatan juga telah ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan dikeluarkan supaya suspek berusia 19 tahun dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang bayi pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata penuntut lelaki berusia 19 tahun yang juga suspek dalam kes itu dijadikan saksi pendakwaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan penahanan sepasang penuntut kolej bagi membantu siasatan penemuan bayi perempuan dengan beberapa kesan tikaman pada 29 Julai.

Penemuan itu susulan penuntut perempuan itu dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom kerana melahirkan anak dan pemeriksaan perubatan juga menemukan terdapat seorang lagi bayi dalam kandungannya.

 
14288541226826109-416182.jpg

14288541226826109-416183.jpg

14288541226826109-416184.jpg


Pelajar kolej didakwa Mahkamah Majistret Kluang, pagi ini atas tuduhan membunuh bayinya yang ditemui mati dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas di sebuah hotel, hujung bulan lalu.

#MalaysiaGazette
 
14288632245467485-416203.jpg

14288632245467485-416204.jpg

14288632245467485-416205.jpg

14288632245467485-416206.jpg

14288632245467485-416207.jpg


Pelajar kolej didakwa bunuh bayi baru lahir

Kluang: Pelajar kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bayi perempuan baru dilahirkan, bulan lalu.

Tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, 19, hanya mengangguk sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh bayi perempuan baru dilahirkan di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, di sini, 10 pagi, 29 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan kesalahan dilakukan tidak boleh dijamin.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan kes sebut semula pada 8 Oktober ini bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Sebelum ini, polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan selepas penemuan bayi baru dilahirkan dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas di rumah didiami pelajar terbabit.

Kejadian itu terbongkar selepas tertuduh dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) atas faktor kesihatan.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan teman lelaki tertuduh bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut di hospital terbabit mendapati tertuduh baru melahirkan anak manakala seorang lagi anaknya masih dalam kandungan. Bayi kedua kemudiannya dilahirkan dengan selamat.
 
Back
Top
Log in Register