BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Pelupusan Tanah: Reman Pengerusi Agensi Kerajaan, Pengarah Syarikat Disambung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Kes Pelupusan Tanah: Reman Pengerusi Agensi Kerajaan, Pengarah Syarikat Disambung​

b6af73cfdcb73955ce30dd9e918dcf096a8bc78d0aa7a


Tempoh reman pengerusi agensi kerajaan dan pengarah syarikat bergelar Datuk disambung tiga hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dalam urusan pelupusan tanah di Pulau Pinang membabitkan kerugian RM1.96 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 40-an dan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah SH Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khamis lepas, SPRM menahan lima individu terdiri daripada pengerusi agensi kerajaan, dua pengarah syarikat, pengurus teknikal dan kerani wanita ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu sebelum direman empat hari mulai Jumaat lepas.

Bagaimanapun, tiga daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan.

Pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menyalahgunakan kedudukannya ketika memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi dan ahli lembaga pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah milik agensi di bawah sebuah kementerian di Seberang Perai Selatan pada 2015.

Tanah berkenaan dipercayai dijual kepada sebuah syarikat milik sekutunya pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 
Back
Top
Log in Register