BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengerusi Agensi Kerajaan, Empat Individu Direman Empat Hari Kes Pelupusan Tanah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pengerusi Agensi Kerajaan, Empat Individu Direman Empat Hari Kes Pelupusan Tanah​

a362e4b321754857d475e97b8874a07f6a87f41f70ba0

Mahkamah Majistret George Town hari ini membenarkan lima individu termasuk seorang pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes disyaki menyalahgunakan kedudukan berkaitan urusan pelupusan tanah.

Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan lima individu termasuk seorang pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes disyaki menyalahgunakan kedudukan berkaitan urusan pelupusan tanah.

Majistret Noor Idayu Salim mengeluarkan perintah reman terhadap lima individu tersebut selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Terdahulu, kelima-lima individu tersebut terdiri daripada seorang pengerusi agensi kerajaan, dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita, ditahan SPRM antara 11 pagi hingga 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu.

Pengerusi agensi kerajaan berusia lingkungan 50-an itu ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.

Individu terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya dengan terlibat dalam meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi semalam mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register