BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Individu Termasuk Dua Pensyarah Direman Empat Hari Bantu Siasatan Kes Rasuah RM5 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
9fb2e07bec6bb48ab9df654247c80da469d5e1cf0c287


Empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta.

Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua individu itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, tiga lelaki dan seorang wanita itu tiba di mahkamah pada 10.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM, sebelum dibawa keluar daripada mahkamah dengan kenderaan SPRM sekitar 11.45 pagi.

Malam tadi, Bernama melaporkan tangkapan itu yang dilakukan di pejabat SPRM Perak antara 2 hingga 5 petang semalam, turut membabitkan seorang pegawai syarikat minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang berusia lingkungan 40-an.

Sumber memaklumkan wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan dan membabitkan penyelewengan dana penyelidikan IPTS berkenaan.

Susulan penahanan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank yang mempunyai baki keseluruhan berjumlah RM8.5 juta dan menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register