BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Anggota Polis Direman Lima Hari Bantu Siasatan Kes Rasuah RM12,000

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
07d2cc7bd26ab4c1e606ec8237dc349769d47b06a096f


Empat anggota polis direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kelantan itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan antara 9 pagi hingga  1 tengah hari semalam di pejabat masing-masing.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.

"Keempat-empat suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register