BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Individu Direman Empat Hari, Bantu Siasatan Kes Seleweng Dana Zakat RM230 Juta

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
ec70ea000ee6e63abbc97999bc88074169e843b05ffb9


Dua individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 25 April bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki yang masing-masing berumur 57 dan 61 tahun itu dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Terdahulu kedua-dua individu itu tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam pada 9.07 pagi dengan menaiki van SPRM.

Semalam, SPRM Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Menurut sumber, dua lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan petang semalam dalam operasi di sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan pada 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

 
tgh viral kes ni...duit zakat disakau..patut pun ramai asnaf dan org susah mohon zakat ssh nk lepas
 
tgh viral kes ni...duit zakat disakau..patut pun ramai asnaf dan org susah mohon zakat ssh nk lepas

Pusat zakat pun tak check betul betul
Contoh kat penang ni, nak zakat, isi borang pastu minta sain ajk masjid
Terus dapat
Sbb tu zanuar boleh dapat duit zakat juga
 

Ali berniaga di KL. Bayar zakat ke MAIPs melalui Ikram Hulu Langat RM1000.

💀MAIPs ambil RM400 (40%)
💀Ikram ambil RM400 (40%)
💀Ali dapat rebate RM200 (20%)

😈 Ikram invest dan dirogolnya duit zakat 40% tu melalui syarikat-syarikat tertentu.

😉 Maips nothing too loose - dapat income zakat luar dari jajahannya dari tak dapat langsung. Kira okay lah tu.

😎 Ali pula boleh buat agihan sendiri kepada asnaf yang dipilih atau aktiviti CSR.

Soalan

1. Lepas 60% duit zakat dilepaskan semula kepada Ikram, tak ada pemantauan ke duit tu sampai atau tidak pada asnaf? Pelaburan apa yang dibuat? Boleh ke duit zakat dilaburkan?

2. Kenapa walau dah ditegur oleh Jabatan Audit Negara, Maips masih lepaskan 60% tu pada Ikram?

3. Dari sudut hukum, boleh ke pembayar zakat dapat rebate? 20% banyak tu. Bukan bayaran zakat perlu ada kira-kira ke? Kalau kurang, dah jatuh sedekah bukan zakat. Sedangkan zakat tu wajib. Sedekah tu sunat atau mmg 20% tu pembayar zakat boleh buat agihan sendiri. Rajin pula nak cari asnaf bagai.

4. Betul ke ini modus operandinya macamni? Kalau aku salah tolong bagitahu.

5. Ini baru Maips, negeri lain ada macamni juga ke?

Kalau betullah ini yang berlaku, makin jauh masyarakat dengan institusi agama. Malu kita pada agama lain.

AKU DAH CAKAP, KALAU AKU SALAH BAGITAU.
 
aku
Pusat zakat pun tak check betul betul
Contoh kat penang ni, nak zakat, isi borang pastu minta sain ajk masjid
Terus dapat
Sbb tu zanuar boleh dapat duit zakat juga
dah law macam tu....tu la kelebihan menganut agama aswj..tak perlu usaha check betul2 sebab gaji aku banyak ni,kerja buat aku pun banyak ni...wat apa nak usaha jaga amanah kerja dengan kemas sedangkan kefahaman agama boleh dapat dengan cara melepak santai santai di perkampungan sunnah kat perlis......
 
Last edited:
dah kenapa nk lantik NGO pulak kutip zakat...dah tu takkan tak pantau pulak... punah

rasanya zakat corporate.. syarikat dapat rebet pelepasan cukai 10%

---------------
pelepasan cukai derma pada ngo


Pelepasan cukai derma kepada NGO di Malaysia (di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967) membolehkan individu atau syarikat menuntut potongan cukai, terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat. NGO tersebut mesti diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengeluarkan resit rasmi yang sah untuk tuntutan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Syarat dan Maklumat Penting Pelepasan Cukai NGO:
Jenis NGO/Institusi: Derma wajib kepada organisasi yang diluluskan khas oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.
Had Potongan: Jumlah derma yang layak ditolak adalah terhad kepada maksimum 10% daripada jumlah pendapatan agregat tahunan penderma.

Jenis Derma: Hanya derma dalam bentuk wang tunai (cash) yang layak mendapat pelepasan, bukannya barangan.
Resit Rasmi: Penderma mesti menyimpan resit rasmi yang dikeluarkan oleh NGO tersebut (resit perlu mempunyai nombor rujukan kelulusan LHDN) untuk tujuan audit.
Semakan Status: Anda boleh menyemak senarai organisasi yang diluluskan melalui portal rasmi LHDN atau E-Central.
Contoh NGO/Institusi yang Diluluskan:

Yayasan Kebajikan (contoh: MAKNA, Yayasan Ikhlas).
Rumah Anak Yatim/Warga Emas yang berdaftar.
Tabung Bencana atau Projek Pendidikan yang diiktiraf.
 
Back
Top
Log in Register