combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Empat Penjawat Awam, Seorang Pemilik Syarikat Direman Empat Hari
Empat penjawat awam sebuah institusi pendidikan prauniversiti awam di Perlis dan seorang pemilik syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek perolehan kerajaan bernilai kira-kira RM100,000 pada 2023 dan 2024.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman terhadap tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40-an itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Mohd Amiruldin Roslan selepas permohonan reman itu dibuat SPRM hari ini.
“Kesemua suspek telah ditahan antara 2 petang hingga 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis,” menurut sumber itu.
Sumber itu memaklumkan empat penjawat awam berkenaan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM25,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat pembinaan, pembekalan makanan dan perkhidmatan penyelenggaraan mendapatkan kerja perolehan kerajaan di institusi pendidikan itu bernilai kira-kira RM100,000.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2024. Empat penjawat awam itu dipercayai menerima wang suapan daripada pemilik syarikat bernilai antara RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap projek dengan keseluruhan projek yang diperoleh adalah sebanyak 16,” menurut sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata pihaknya bertekad menoktahkan budaya salah guna kuasa, sekali gus melumpuhkan kartel penganugerahan kerja kepada syarikat kontraktor yang memonopoli di institusi pendidikan berkenaan.