BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Tetak Tangan Isteri Direman Empat Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Warga Emas Tetak Tangan Isteri Direman Empat Hari​

ebb14aff1fffde36701493370cd734de63da6e8050879


Seorang lelaki warga emas yang disyaki menetak tangan kanan isterinya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini direman empat hari hingga 9 Sept bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek lingkungan 70-an itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman sebelum ini memaklumkan kejadian pada 9.30 malam Sabtu lepas dipercayai akibat perselisihan faham apabila mangsa, juga 70-an dikatakan memasang televisyen terlalu kuat.

Suspek yang dipercayai mabuk kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan parang.

Yusof berkata mangsa mengalami luka kecil kira-kira satu sentimeter pada tangan kanan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan stabil.

 
Back
Top
Log in Register