BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

25 Pendatang Haram Ditahan Dalam Operasi Bersepadu ESSCOM Di Sandakan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

25 Pendatang Haram Ditahan Dalam Operasi Bersepadu ESSCOM Di Sandakan​

57ca7dc31dfcd7fada5a634a362a635b6a4238cc26405

Datuk Victor Sanjos

Sebanyak 25 pendatang haram ditahan dan hampir RM500,000 rampasan serta kompaun direkodkan dalam dua hari operasi bersepadu dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini sejak semalam.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata pemeriksaan di beberapa koloni setinggan sekitar Jalan Istana, Kampung Tabah Baru, Kampung Karamunting dan Pusat Bandar Sandakan itu membongkar pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang.

“Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 21 warganegara Filipina dan empat warganegara Indonesia yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri sah, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM20,000.

“Pada masa sama, Sabah Electricity merampas 300 kilogram (kg) kabel sambungan elektrik  haram bernilai RM15,000, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM300,000 setahun akibat sambungan haram ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut merampas 1,105 kg minyak masak bersubsidi bernilai RM2,762 serta sebuah kenderaan bernilai RM20,049.

“Selain itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah merampas 1,550 telur penyu yang dianggarkan bernilai RM7,750 dan rampasan ini berjaya menghalang telur penyu memasuki pasaran gelap, sekali gus menyokong pemuliharaan spesies marin yang dilindungi,” katanya

Sementara itu, Victor berkata kejayaan operasi itu membuktikan ancaman terhadap keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) bukan hanya melibatkan jenayah rentas sempadan atau kehadiran pendatang haram malah merangkumi pelbagai aktiviti ekonomi haram.

“Antaranya, penyalahgunaan subsidi, sambungan utiliti haram, penyeludupan dan pelanggaran undang-undang pekerjaan yang memberi kesan langsung kepada hasil kerajaan, keselamatan komuniti dan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu melibatkan 263 pegawai dan anggota daripada ESSCOM, JIM,JKDM, serta Majlis Perbandaran Sandakan itu merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI melalui Operasi Sanggah ESSCOM memperkukuh keselamatan sedia ada ESS Zone.

 
Back
Top
Log in Register