BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

17 Pengemis Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Ramadan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7b29215f3711c15f95d70c581573a6f369b80a7d51c36

7c77c3e74bcf0b6f6513ed51e9bcbcf869b80aa93a924

d62b7e9b2daa184a522c667f8d75d67d69b80ac236853


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menahan 17 pengemis dalam Operasi Bersepadu Ramadan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Kubang Kerian hari ini.

Pengarah JKM Kelantan Che Samsuzuki Che Noh berkata operasi bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen serta Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Beliau berkata antara lokasi terbabit ialah sekitar Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Masjid Muhammadi serta bank.

“Kesemua ditahan membabitkan tujuh lelaki warga asing dan 10 rakyat tempatan. Rakyat tempatan itu terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Samsuzuki berkata kesemua individu terbabit dibawa ke pejabat JKM untuk siasatan lanjut termasuk tindakan bersesuaian mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977.

 
apa yg membolehkan pengemis mengemis atau mmg semua pengemis tu kalo JKM ronda mmg kena tangkap?
 
Back
Top
Log in Register