BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Bersepadu Selepas Insiden Pukul Penguat Kuasa Di Sandakan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
15535212fb6e71d626a6322bef187dc669afdc17a4460

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Fairuz Renddan ketika mengadakan sidang media berikutan kes seorang penguatkuasa dipukul oleh penjual rokok haram di Sandakan minggu lepas.

Polis menahan tiga lagi lelaki warga Filipina termasuk seorang remaja berusia 14 tahun pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipukul ketika bertugas di Pasar Batu 8 Jumaat lepas.


Operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguat kuasa akan dilaksanakan bagi membendung kegiatan penjualan rokok seludup susulan insiden seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipukul, Jumaat lepas.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata operasi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau berkata kejadian melibatkan penjawat awam dipukul secara terbuka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan kerajaan negeri memandang serius perkara berkenaan.

“Kita ada perlembagaan dan undang-undang. Jangan terlalu menunjukkan keberanian dengan melanggar undang-undang. Kerajaan negeri akan berusaha menghapuskan budaya sedemikian di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus mengenai pembangunan industri padi negeri di sini, hari ini.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata, operasi bersepadu itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat, namun tarikh pelaksanaannya tidak didedahkan bagi memastikan keberkesanannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut meneliti usaha memperkukuh aspek penguatkuasaan, termasuk meningkatkan keupayaan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.

Menurut beliau, perkara itu akan dibincangkan bersama menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bagi mencari kaedah sesuai untuk memperkasa anggota penguat kuasa ketika melaksanakan tugas.

Dalam perkembangan sama, Fairuz memaklumkan pegawai penguat kuasa yang menjadi mangsa dalam kejadian itu dilaporkan stabil walaupun masih mengalami sedikit trauma.

Beliau berkata polis turut menahan empat suspek berhubung kejadian berkenaan, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun.

 
Back
Top
Log in Register