BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yahudi Baik? Yahudi Jahat?

Ringkasan tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham yang pernah dimuatkan di dalam HALUAN Palestin

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.


Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:

1. Israel
Ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.

2. Yahudi
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

3. Hebrew
Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.

4. Zionisme
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.

MENGENALI MUSUH SEBENAR

Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain.

Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah.

Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.

Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.

Artikel asal di sini:

Nota: Ustaz Irfan menggunakan nickname abidfana, mentor iLuvIslam.com dan bekas moderator agama iLuvIslam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin
 
aahhh..yahudi sume same...depa mmg bngse yg licik..penipu besar..konon wt baik, tp ade agenda trsendiri..
 
salam....aku ni bkn la org alim...

tapi berdasarkan ape aku duk baca-baca pasal yahudi ni...aku nk bagi kesimpulan:

1. memang ada yahudi baik dan yahudi jahat
2. tapi kebanyakan yahudi ni mmg jahat (licik, menipu dan banyak rekod jahat di mana-mana tempat)..
3. jadi, utk kita berlaku adil (selari dgn ajaran islam),, kita amalkan "selagi yahudi tu tak serang agama kita, kita tak perlu kacau diorang.."
4. tapi kalau diorang serang agama kita, kita kena serang balik dan tidak dibenarkan berkawan rapat dgn yahudi jahat (yg memerangi agama kita)... mostly yahudi zionis (zionis ni adalah yahudi yang inginkan tanah palestin dan ingin pembentukan negara israel raya)

so, aku tambah sikit...
5. yahudi jahat ni mmg licik... sampai kita sendiri susah nk tentukan mana yahudi jahat dan baik...
6. jadi sebaiknya kita jangan berkawan dengan mana-mana orang yahudi (kita hanya serang depa kalau depa serang agama kita...... kalau depa tak serang agama kita, kita biarkan saja depa)...

wallahualam...

mohon betulkan aku kalau aku ada tersalah
 
Selagi namanya manusia xkira agama apa xkira bangsa apa ada baik ada jahat....cuma kdg2 yg xbaik dn baik tu jd sinomin....org tua2 dh ckp dlm setandang pisang bkn semuanya buruk...yakin la dengan kasih sayang Pencipta......kt berserah pada yang Maha Esa
 
Selagi namanya manusia xkira agama apa xkira bangsa apa ada baik ada jahat....cuma kdg2 yg xbaik dn baik tu jd sinomin....org tua2 dh ckp dlm setandang pisang bkn semuanya buruk...yakin la dengan kasih sayang Pencipta......kt berserah pada yang Maha Esa
sependapat dengan tuan, jika kita google yahudi baik, keluarlah berita, artikel berkenaan yahudi baik..jika kita google yahudi jahat..keluarlah semua artikel berkenaan..sekarang ni kan zaman google
 
yahudi tu bangsa.. zionist tu fahaman politik extremist

dkt msia pun ada, bukan yahudi pun, tp kemain sokong zionist

tu sbb kita tak boleh pukul rata semua .. kena berhati2 kalau nak judge org tu dulu

 
kalo ahli kitab tuh kira yahudi baik la kan... tp ade lg ke ahli kitab?
aku pegang pada pendapat yg deme ni dah takde lagi

status ahli kitab ni kira dah expired bila nabi ni dilantik jadi rasul

semua dah jadi umat nabi muhammad .. bawah satu nabi terakhir
 
Ahli kitab = Beragama berpandukan kitab
Bani israel = kitab Agama nya taurat

Yahudi tu gelaran kpd penganut
sama mcm nasrani, gelaran pd pengikut ajaran kitab musa & isa

kalau nama saja penganut
Tp ikut cakap rabbi/sami/paderi/lobai
Nanti jd merepek
Kene ikut apa yg dlm kitab
Baru la betul
 
Back
Top
Log in Register