zolympus
Elite Member
- Messages
- 3,417
Paid Membership
- Joined
- Dec 21, 2005
- Messages
- 3,417
- Reaction score
- 249
- Points
- 33
Ringkasan tulisan Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham yang pernah dimuatkan di dalam HALUAN Palestin
Artikel asal di sini:
Nota: Ustaz Irfan menggunakan nickname abidfana, mentor iLuvIslam.com dan bekas moderator agama iLuvIslam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin
Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh.
Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut:
1. Israel
Ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.
2. Yahudi
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.
3. Hebrew
Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi.
4. Zionisme
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.
MENGENALI MUSUH SEBENAR
Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain.
Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah.
Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan.
Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri.
Artikel asal di sini:
Nota: Ustaz Irfan menggunakan nickname abidfana, mentor iLuvIslam.com dan bekas moderator agama iLuvIslam.com. Beliau merupakan pakar dalam kajian Palestin
