BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kempen bertukar tragedi, wartawan ditembak mati

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Kempen bertukar tragedi, wartawan ditembak mati​

3655176.webp

Aponte dibunuh ketika menjalankan aktiviti kempen berhampiran sebuah pasar di Caraz, wilayah Áncash pada Sabtu. Foto: Agensi

LIMA – Seorang wartawan yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Peru ditembak mati ketika berkempen, beberapa hari selepas mendedahkan bahawa beliau menerima ancaman terhadap nyawanya.

Susy Aponte Polo, 43, yang dikenali sebagai ‘China Polo’, dibunuh ketika menjalankan aktiviti kempen berhampiran sebuah pasar di Caraz, wilayah Áncash pada Sabtu.

Beliau merupakan calon Gabenor Wilayah Áncash mewakili gerakan politik Socios por Áncash.

Menurut laporan media tempatan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika Aponte berada bersama penyokongnya.

Serangan itu turut menyebabkan beberapa individu lain cedera.

Sembilan hari sebelum dibunuh, Aponte memuat naik video mendakwa menerima panggilan dari tiga penjara yang memberi amaran mengenai rancangan untuk menyerangnya.

Dalam rakaman tersebut, beliau mendakwa serangan terhadapnya telah diarahkan oleh Pengarah Siasatan Jenayah Polis Nasional Peru (Dirincri), Jeneral Víctor Revoredo Farfán.

Aponte sebelum itu dilaporkan membuat pendedahan mengenai dakwaan hubungan beberapa pegawai polis dengan kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun, dakwaan Aponte terhadap pegawai berkenaan belum dibuktikan dan pihak berkuasa masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu.

Polis Peru kemudian menahan seorang warga asing yang disyaki sebagai pelaku serangan dan merampas sepucuk senjata api.

Pada Isnin, Ketua Polis Nasional Peru, Fredy López berkata, siasatan forensik telah menemukan bukti yang didakwa mengaitkan suspek, Luis Iván Obispo Díaz, dengan pembunuhan Aponte.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh tahanan dua individu yang dikaitkan dengan kes berkenaan selama 15 hari bagi membolehkan siasatan diteruskan.

Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan serta menentukan sama ada terdapat pihak lain yang merancang atau mengarahkan serangan terhadap Aponte.

Pembunuhan itu berlaku kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya wilayah dan perbandaran Peru yang dijadualkan pada 4 Oktober. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register