Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,869
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,869
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
DUN Melaka Dijangka Dibubar Hari Ini
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 2 petang ini di Kompleks Seri Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Spekulasi berhubung pembubaran DUN itu semakin hangat diperkatakan apabila mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang asalnya diadakan pada Rabu, dijalankan lebih awal pada 12 tengah hari ini.
Difahamkan, Ab Rauf mempengerusikan mesyuarat berkenaan pada 12 tengah hari.
Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan jemputan kepada media untuk menghadiri satu sidang media pada 2 petang.
Pada 2021, PRN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) lima dan Perikatan Nasional (PN) dua.
Mandat kerajaan negeri semasa dijadual berakhir pada 27 Dis ini.