Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Speaker DUN Selangor Dijangka Putuskan Kedudukan Kerusi Minggu Ini - Amirudin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kiri) mengibarkan Jalur Gemilang ketika Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz hari ini.
Keputusan berhubung kedudukan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka dimuktamadkan minggu ini sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kerajaan negeri kini menunggu notis rasmi daripada Speaker DUN Selangor tentang kedudukan kerusi berkenaan, manakala Penasihat Undang-Undang negeri sedang menyiapkan nota sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkaitan.
"Hal itu prerogatif Speaker, bukan kedudukan saya. Saya rasa Penasihat Undang-Undang (LA) akan siapkan nota dan saya ingat maksimum minggu ini kita akan maklumkan kepada pihak tertentu tentang kedudukan tersebut.
"Perkara itu keputusan SPR, bukan keputusan saya. SPR akan membuat penilaian sama ada cukup tiga tahun ataupun tidak, ataupun kena buat PRK atau tidak, kita kena akur sebab hal ini ialah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya atas pengumuman yang dibuat oleh Speaker," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.
Amirudin berkata kerajaan negeri akan mematuhi segala proses perundangan serta sebarang keputusan yang dibuat SPR berhubung keperluan mengadakan PRK, yang ditentukan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri sedang meneliti sama ada terdapat keperluan mengadakan PRK susulan dakwaan berkaitan kelayakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif bagi menangani isu anjing liar di Selangor demi menjamin keselamatan dan kepentingan awam.
“Tindakan berterusan kita ambil kerana akhirnya kerajaan kena bertindak untuk maslahat awam. Isu ini timbul apabila ada tindakan-tindakan tertentu, tetapi janganlah tindakan itu sampai kejam atau tidak mendidik masyarakat dengan sifat keinsanan, sebab itu tindakannya harus berhemah dan inilah titik keseimbangan yang harus dilaksanakan," katanya.