combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kedudukan ADUN Kijal Masih Kekal, Tidak Berlaku Kekosongan Kerusi - Speaker
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Razali Idris (Gambar Fail)
Kedudukan Datuk Razali Idris sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal ketika ini masih kekal dan tidak berlaku kekosongan kerusi secara automatik, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Mohd Nor Hamzah.
Beliau berkata isu itu timbul susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap Razali yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, tiga tahun lepas.
"Dari sudut perundangan, persoalan utama ialah sama ada hukuman tersebut menyebabkan seseorang wakil rakyat hilang kelayakan sebagai ADUN.
“Secara umum, Perlembagaan memperuntukkan bahawa seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara melebihi tempoh tertentu atau dikenakan denda melebihi had yang ditetapkan oleh undang-undang.
"Bagaimanapun dalam kes berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda tepat RM2,000 dan bukannya melebihi jumlah tersebut... sehubungan itu, berdasarkan tafsiran literal terhadap peruntukan kelayakan berkenaan, kedudukan Razali sebagai ADUN Kijal pada masa ini dilihat masih kekal dan tidak berlaku kekosongan kerusi secara automatik," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bernama hari ini melaporkan Razali, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas mendapati beliau bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, tiga tahun lepas.
Peguam Shahril Nizam Mohd Amin, yang mewakili Razali, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid bahawa beliau telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik notis rayuan yang difailkan pada 5 Jan lepas.
Mahkamah kemudian membatalkan notis rayuan itu.
Pada 24 Nov 2023, bekas Ketua Penerangan Bersatu itu minta dibicarakan atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut apabila mendakwa keputusan satu kes mahkamah dikawal oleh kerajaan.
Kedudukan ADUN Kijal Masih Kekal, Tidak Berlaku Kekosongan Kerusi - Speaker
ADUN, kerusi, Kijal, PRK, kekosongan, mahkamah,