BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Dijangka Keluar Hospital Hari Ini - Wan Azizah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Dijangka Keluar Hospital Hari Ini - Wan Azizah​

06c6520babc986f0cee05aafd5ae07696a7bf287950eb

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menjawab pertanyaan media ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri berkata Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak di sini.

Pada Isnin, Perdana Menteri dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

 
Back
Top
Log in Register