BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas bakar sampah ditemukan rentung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Warga emas bakar sampah ditemukan rentung​

rentung-viral.jpeg

LOKASI penemuan mayat mangsa di Desa Singogalih, Sidoarjo semalam. - Istimewa

JAKARTA – Seorang warga emas ditemukan  rentung selepas membakar sampah berhampiran ladang tebunya di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.

Mangsa yang dikenali sebagai Sodikin, 71, dipercayai terperangkap dalam kebakaran selepas api pembakaran sampah sarap merebak ke kawasan ladang semalam.

Ketua  polis tempatan, AKP Musran berkata, mayat Sodikin ditemukan sekitar pukul 4.15 petang (waktu tempatan).

Beberapa saksi berkata, tiupan angin dan cuaca kering menyebabkan api merebak dengan cepat lalu membakar tanaman tebu.

“Pada awalnya, Sodikin hanya membakar sampah, namun api merebak ke tanaman tebu tidak lama kemudian. Penduduk bergegas membantu memadamkan kebakaran.

“Mayat mangsa ditemukan selepas api berjaya dipadamkan,” kata Musran.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pusat Pendidikan Bhayangkara Sabhara Porong untuk bedah siasat.

Polis sedang menjalankan siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti  punca kematian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register