BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Terjatuh Ke Dalam Sungai Melaka Ditemukan Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Warga Emas Terjatuh Ke Dalam Sungai Melaka Ditemukan Lemas​

7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran sebuah hotel di Kota Laksamana di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata mangsa berusia 70-an itu ditemukan pada 11.45 pagi oleh anggota bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil panggilan kecemasan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka pada 5.35 pagi tadi,”  katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hafidzatullah berkata sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi dilaksanakan bersama-sama polis dengan bantuan kamera litar tertutup di kawasan terdekat.

 
Back
Top
Log in Register