BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Gua Di Kelantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Gua Di Kelantan​

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam gua berhampiran resort di Kampung Pulai, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Che Razak Harun berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.41 malam sebelum 13 anggota bersama dua jentera dan dua kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata sebaik tiba pada 9.57 malam, anggota bomba menemukan mangsa berusia lingkungan 70-an dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam gua.

“Anggota menggunakan pengusung dan lampu untuk membawa keluar mangsa sebelum pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi dikawal pada 10.10 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 10.48 malam.

 
Back
Top
Log in Register